Saturday, June 8, 2019

IBRAH dari The Matrix


Assalamualaikum semua….
Alhamdulillah kita semua sudah selamat menunaika ibadah puasa Ramadhan selama sebulan lamanya. Harapan terbesar kita semua mestilah moga-moga segala amalan yang dibuat sepanjang bulan Ramadhan yang lepas masih mampu dan mahu diteruskan untuk bulan-bulan yag mendatang sampailah insyaAllah kita jumpa balik Ramadhan pada tahun depan.


Untuk entry kali ni, SH nak cerita pasal filem ‘The Matrix’. Korang pernah tengok tak filem ni? Filem ni dah lama sebenarnya, hampir 20 tahun lamanya. Filem ni ada 3 – trilogy, yang mana siri yang pertama ditayangkan pada tahun 1999. Masa tu memang gempaklah filem ni, memang catat box office.

Filem ini adalah berdasarkan pada satu teori oleh seorang ahli falsafah dan matematik pada kurun ke-17 yang bernama Rene Descartes.
Ayat dia yang femes kalau korang pernah dengar “I think therefor I am” atau “Cogito Ergo Sum”.

Contoh situasi :
Pernah tak korang mimpi dan dalam mimpi tu korang rasa sangat real? SH ingat lagi satu mimpi ni SH boleh terbang macam superman. Memang rasa real betul. Memang boleh kawal speed, thrust semua lah.

So, persoalan di sini, macam mana kita yakin dan pasti yang mana satu adalah reality? Sama ada yang kita mimpi tadi atau bila kita bangun dari mimpi? Dah tu kata dua-dua alam kita rasa real? Pernah tak persoalkan benda ni?

Konklusi daripada pakcik Descartes ni katanya, bilamana kita berfikir maksudnya kita adalah yang real lah tu – ‘I think therefor I am’. Pakcik Descartes jugak ada sebut, “We can’t doubt of our existence when we doubt”. Berbelit kan ayat pakcik ni. Ha ha.

Ni ada satu link videoa SH nak share yang diterangkan secara ringkas  pasal philosophy ni.


ni pulak link bagi sesiapa yang nak baca lagi detail pasal pikiran pakcik Descartes ni



Situasi dalam The Matrix :

  •   Digambarkan bahawa semua manusia di dunia ini hidup dalam ‘The Matrix’.
  • ‘The Matrix’ adalah satu system perkomputeran yang mengawal manusia.
  • Semua manusia sejak dari lahir disimpan kekal dalam satu kapsul seperti tabung uji berskala besar dan disambungkan dengan wayar ke system ‘The Matrix’.
  •  Bila disambung ke ‘The Matrix’ digambarkan kehidupan manusia seperti dalam dunia kita sekarang – bermula dari bayi sehinggalah dewasa, ada pekerjaan, sampailah ke hari tua. Tapi hakikat yang sebenar manusia itu dalam keadaan tidur yang lena selama mana masih disambung ke system ‘The Matrix’. Mereka hanya menjalani kehidupan dalam ‘alam mimpi’.
  • Dan semua ini dikawal rapi oleh satu ‘kuasa’ yang bertanggungjawab bagi memastikan manusia tetap ‘tidur’ sambil menjalani kehidupan yang telah diprogramkan.
  • Dalam pada masa yang sama, ada segolongan kecil manusia yang sudah ‘sedar’ dari ‘alam mimpi’ mereka dan mempelajari tentang kebenaran sebenar dunia manusia yang dikawal oleh computer dan system.


So setakat ini, banyak sangat yang SH buat refleksi diri. Bila duk tengok filem ni SH macam termenung berfikir lama jugakla. Sangat mendalam maksud tersirat filem ini.


Apa yang SH dapat setakat ini :

  •          Kita manusia hari ini sama seperti dalam ‘The Matrix’ sedar tidak sedar sebenarnya.
  •           Dunia hari ini, sangat sedikit golongan yang sedar dari mimpi.
  •          Kita terlalu selesa dengan dunia buatan barat.
  •          Kita dihidangkan dengan hiburan, harta, kemewahan dunia.
  •          Semua ini ditanam dalam fikiran kita, kalau nak bahagia, kena ada harta, pangkat dan hiburan.
  •          Agama dan ketuhanan juga kerohanian ditepis jauh-jauh.
  •          Tapi hakikat sebenarnya kita dipergunakan oleh satu ‘kuasa’ yang cuba melekakan kita dari hakikat sebenanar yang mana sebenarnya kita sedang enak dibuai mimpi.
  •       Kalau kita lihat dunia hari ini, konspirasi dajjal dan iluminati tu dah bersepah even dekat Malaysia sendiri. Kita sudah didoktrin oleh mereka. Memang kita dalam ‘kawalan’ mereka. Kita di’matrix’kan oleh mereka.


So, marilah kita berusaha agar menjadi orang yang sedar dari matrix sekarang.
Macam mana nak jadi yang sedar? Jawapannya ialah dengan ILMU.




Sambungan situasi dalam ‘The Matrix’ :

  • Watak utama dalam filem ni nama dia Neo
  • Neo ni katanya adalah ‘The One’ yang kononnya akan membebaskan manusia dari ‘The Matrix’.
  • Macam mana Neo ni boleh ‘tersedar’ tu bukanlah hanya kebetulan, tiba-tiba je dipilih jadi ‘the one’.
  • kalau ikut dalam filem ni, Neo ni hacker. Dia dah lama cari pasal ‘The Matrix’. Dia nak tahu apa bendalah ‘The Matrix’ ni.


Apa yang SH dapat dari sini :

  •          ini menunjukkan pentingnya ada ILMU
  •          bila ada ilmu di dada, insyaAllah ditunjukkan dengan kebenaran tapi perlulah kepada saluran dan sumber yang betul.
  •          Kita sebagai Muslim, kita ada satu MANUAL besar yang ditinggalkan untuk kita which is al-Quran.
  •          Berbaliklah kepada tujuan penciptaan kita.
  •          Kita diciptakan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk – sebagai khalifah dan juga beribadah kepada Allah.
  •          Semua orang adalah ‘The One’, bilamana kita sedar akan hakikat penciptaan diri ini. Bukan standard Allah buat sesuatu yang sia-sia bahkan kita manusia adaah penciptaan yang paling sempurna sebab itu kita diamanahkan sebagai khalifah dan pemimpin di bumi ini.







Sambungan situasi dalam ‘The Matrix’ :

  •           Bila Neo ni dah sedar dari ‘The Matrix’, dia diberi rawatan bagi fizikal dan makanan yang secukupnya sampailah dia boleh berfungsi sebagaimana manusia sedar yang lain.
  •           Sebagai ‘The One’, kehadiran dia sudah lama dinanti dan pengharapan yang tinggi oleh orang lain kepada dia.
  •           Selepas tu Neo dikenalkan kepada ‘The Oracle’ yang katanya boleh melihat masa depan dan juga bagi mengiyakan bahawa Neo is The One.
  •           Tapi bila Neo jumpa The Oracle tu, Oracle tu cakap Neo bukan The One. Dan dia juga cakap kita manusia hanya nak dengar apa yang kita nak dengar sampaikan sanggup menolak reality sebenar.
  •           And guess what? Neo memanglah The One. Saje je dia buat suspen kat situ. He he.
  •           Bila Neo dah percaya dan yakin dengan diri dia sebagai The One, dia punya power memang hebatlah, siap boleh tahan bullet.
  •           Kemampuan Neo yang serba hebat sekarang ni sangat membantu dalam mengalahkan ‘Agent Smith’, satu watak jahat dalam ‘The Matrix’ yang  selalu nak tangkap Neo and the gang.



Apa yang SH dapat dari sini :

  •           Kita sebagai manusia ni, bilamana aqidah kurang mantap, ilmu agama sekadar di tahap sekolah menengah yang mana kita baca hanya sekadar nak tambah ‘A’ dalam slip SPM tu, memanglah keyakinan kita akan mudah goyah.
  •           Kita lebih suka dengar apa yang kita nak dengar, yang lebih mudah untuk kita laksanakan tanpa perlu bersusah payah walaupun itu adalah kebenaran.
  •           Tapi bila keyakinan dan aqidah itu mantap, insyaAllah potensi sebenar akan terserlah. insyaAllah Allah akan permudahkan dan sentiasa memberi bimbingan.
  •          Namun,jangan lupa pada musuh kita yang memang telah termaktub sejak Nabi Adam a.s. lagi iaitu Iblis laknatullah. Ini digambaran oleh watak Agent Smith. Diorang memang tak pernah penat berusaha untuk menggagalkan kita daripada menunaikan kewajipan kita.
n


setakat ni sahajalah dari SH kali ni. Ini hanyalah refleksi diri, mencari ibrah dan pengajaran melalui sekeliling kita. Ilmu itu kan hikmah yag hilang. jadi kutiplah apa-apa yang bermanfaat kepada kita.

By the way, ni baru ibrah dari siri The Matrix yang pertama, ada lagi dua siri dalam The Matrix ni. InsyaAllah ada rezeki masa dan umur, SH share lagi dengan korang.

#mogaAllahkira
#salamsyawal
#eidulfitri
#ibrah
#bedahmovie


No comments:

Post a Comment