Saturday, June 15, 2019

THE LITTLE PRINCE

~ THE LITTLE PRINCE ~
Author :  Antoine de Saint-Exupéry



Assalamualaikum...


Hello everyone!
 I just read this book today! Can you believe it?
I think if I ask anyone they will for sure said that they had read it long time ago... HaHa
 I bought it a long time ago but I'm afraid to open and read it as I read the reviews from all over the world - it's a good book!
So I'm afraid if I read this I might not find another great book
LOL... that is sure a great loss for me 😅
 So I mustered up my courage, waking up this morning, going straight ahead to my bookshelf, and reach for The Little Prince
You are in my hand now...huahaaahaahahaa... 👿
 It such a sad story, I cried at the end... 😢
 However there are lots of thing that the Little Prince teach me about the life

The story initially is about a pilot who is deserted in the dessert (can you get it ?? ...)
While he is repairing his plane, one day he was found by this boy know as the Prince asking him to draw a sheep
From there their friendship began

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 We are all once a child, born as a child
As we grew older, the imagination fades
We are too drowned in our hectic, busy lifestyle and demands
We rarely find happiness and the true meaning behind everything
We lived our life no different than a robot

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

As the Little Prince travelling from his planet to another planet until he reaches the Earth, he met some character along the journey

1. THE KING
- He is The King on his planet that is so small that it is covered up by his robe alone
- He is someone that rule everything, giving orders to everyone
- Everyone and everything must obey at any cost of all his command
- But if others unable to obey the command, it is not them to be blame, it is The King to be blame
- as The King said : it is he who are not giving a reasonable command that making it impossible to obey
- So A King must be a REASONABLE ONE

2. THE CONCEITED MAN
- He is one proud man
- He lives for admiration
- He sees everything and everyone as his admirer
- Everything he did, he did it with expectation of people's admiration

3. THE TIPPLER
- He is a drunk
- There the Little Prince can see that there are some empty bottles scattering around
- Why he drinks? Because he wants to forget his problem
- What is his problem? That he is an alcoholic and he is ashamed of it
- So by his logic, he drinks
- but really, it doesn't solve the problem. Agree?

4. THE BUSINESSMAN
- He only concern about the matter of consequence
- He keeps account of everything, adding on to his wealth and his treasure
- The feeling of ownership is important, it makes him feel rich
- He even busy counting the stars and claimed the stars is his, because he believed that nobody had done of what he did, so he claimed it to himself, even though he not even able to touch it, he just make an account of it

5. THE LAMP LIGHTER
- He was given a one absolute order; that is to lit the lamp in the evening and turn it off in the morning
- Well this seems absurd as he lives alone in the planet that is so small no other creatures on it
- But for distant planet, it may looks like a star
- His job has meaning for others, as indication for others to start working during the day and rest during the night
- Even though he is tired and feeling lazy wanted to rest, he keeps on continue his work as even though it seems absurd, it has meaning to others

6. THE GEOGRAPHER
- He is someone who is the expert on mountains, rocks, sands,sea, river and so on
- However they only confined to their desk and data
- The one that providing them the data is the explorer/traveler, only them that seeing the nature by their own eyes
- So it is important to receive information from a trusted traveler/explorer
- As long as it has no proof, Geographer will only write in by pencil not by permanent ink as it is a subject to change later on

and after that, The Little Prince arrived to the planet Earth.....

On Earth, he met quite a number of things and life; snake, dessert, plant, roses, railway, the fox, the pilot and etc
 and....
my favorite part is when he meet The Fox 
The Fox teaches The Little Prince an important thing about the life



'It is only with the heart that one can see rightly;as what's essential is the invisible one'

'It is the time you have wasted for your rose that make your rose is important to you'

'You are responsible forever for what you have tamed'
 ......... in the end 'what is important is the invisible'

All these phrases hit me hard in my face
Yes, it is so true that the most important is not seen by the naked eye, only seen by the heart, a good not selfish heart
This is so related to our life as we all tend to judge and the things on the outside only
We don't want to be like THE  BUSINESSMAN, who caught up in matter of consequence, wealth and treasure
We don't want to be like THE CONCEITED MAN who lived for others contentment and praises
We don't want to live like THE TIPPLER who keeps on drinking to escape his problem but not facing it and find the solution

Be an EXPLORER, a TRAVELER who sees the great things that life have to offer
Please don't be like a GEOGRAPHER. It is a great loss when not to travel the world
But if we are destined to be like THE LAMP LIGHTER, don't ever think that your job is absurd as it is actually has meaning to others
And so if you are THE KING to your family, to a company, to an organisation or even to yourself, be REASONABLE

The ending of this book? it is rather sad....
Go get yourself a copy then read it until the end

All of this is just my reflection on my self, my current life and situation

I love to read a great book. It has been sometimes since I had moment like this

Feel free to share your reviews and opinion regarding this book... I need someone who can share my love

Here is some picture of my copy of the book... it different from the picture i get from the internet, maybe because of different publisher i guess

👍👍👍👍👍




#thelittleprince
#littleprince
#greatbook
#bookworm
#ilovebook
#bookreview
#malaysiamembaca

Saturday, June 8, 2019

IBRAH dari The Matrix


Assalamualaikum semua….
Alhamdulillah kita semua sudah selamat menunaika ibadah puasa Ramadhan selama sebulan lamanya. Harapan terbesar kita semua mestilah moga-moga segala amalan yang dibuat sepanjang bulan Ramadhan yang lepas masih mampu dan mahu diteruskan untuk bulan-bulan yag mendatang sampailah insyaAllah kita jumpa balik Ramadhan pada tahun depan.


Untuk entry kali ni, SH nak cerita pasal filem ‘The Matrix’. Korang pernah tengok tak filem ni? Filem ni dah lama sebenarnya, hampir 20 tahun lamanya. Filem ni ada 3 – trilogy, yang mana siri yang pertama ditayangkan pada tahun 1999. Masa tu memang gempaklah filem ni, memang catat box office.

Filem ini adalah berdasarkan pada satu teori oleh seorang ahli falsafah dan matematik pada kurun ke-17 yang bernama Rene Descartes.
Ayat dia yang femes kalau korang pernah dengar “I think therefor I am” atau “Cogito Ergo Sum”.

Contoh situasi :
Pernah tak korang mimpi dan dalam mimpi tu korang rasa sangat real? SH ingat lagi satu mimpi ni SH boleh terbang macam superman. Memang rasa real betul. Memang boleh kawal speed, thrust semua lah.

So, persoalan di sini, macam mana kita yakin dan pasti yang mana satu adalah reality? Sama ada yang kita mimpi tadi atau bila kita bangun dari mimpi? Dah tu kata dua-dua alam kita rasa real? Pernah tak persoalkan benda ni?

Konklusi daripada pakcik Descartes ni katanya, bilamana kita berfikir maksudnya kita adalah yang real lah tu – ‘I think therefor I am’. Pakcik Descartes jugak ada sebut, “We can’t doubt of our existence when we doubt”. Berbelit kan ayat pakcik ni. Ha ha.

Ni ada satu link videoa SH nak share yang diterangkan secara ringkas  pasal philosophy ni.


ni pulak link bagi sesiapa yang nak baca lagi detail pasal pikiran pakcik Descartes ni



Situasi dalam The Matrix :

  •   Digambarkan bahawa semua manusia di dunia ini hidup dalam ‘The Matrix’.
  • ‘The Matrix’ adalah satu system perkomputeran yang mengawal manusia.
  • Semua manusia sejak dari lahir disimpan kekal dalam satu kapsul seperti tabung uji berskala besar dan disambungkan dengan wayar ke system ‘The Matrix’.
  •  Bila disambung ke ‘The Matrix’ digambarkan kehidupan manusia seperti dalam dunia kita sekarang – bermula dari bayi sehinggalah dewasa, ada pekerjaan, sampailah ke hari tua. Tapi hakikat yang sebenar manusia itu dalam keadaan tidur yang lena selama mana masih disambung ke system ‘The Matrix’. Mereka hanya menjalani kehidupan dalam ‘alam mimpi’.
  • Dan semua ini dikawal rapi oleh satu ‘kuasa’ yang bertanggungjawab bagi memastikan manusia tetap ‘tidur’ sambil menjalani kehidupan yang telah diprogramkan.
  • Dalam pada masa yang sama, ada segolongan kecil manusia yang sudah ‘sedar’ dari ‘alam mimpi’ mereka dan mempelajari tentang kebenaran sebenar dunia manusia yang dikawal oleh computer dan system.


So setakat ini, banyak sangat yang SH buat refleksi diri. Bila duk tengok filem ni SH macam termenung berfikir lama jugakla. Sangat mendalam maksud tersirat filem ini.


Apa yang SH dapat setakat ini :

  •          Kita manusia hari ini sama seperti dalam ‘The Matrix’ sedar tidak sedar sebenarnya.
  •           Dunia hari ini, sangat sedikit golongan yang sedar dari mimpi.
  •          Kita terlalu selesa dengan dunia buatan barat.
  •          Kita dihidangkan dengan hiburan, harta, kemewahan dunia.
  •          Semua ini ditanam dalam fikiran kita, kalau nak bahagia, kena ada harta, pangkat dan hiburan.
  •          Agama dan ketuhanan juga kerohanian ditepis jauh-jauh.
  •          Tapi hakikat sebenarnya kita dipergunakan oleh satu ‘kuasa’ yang cuba melekakan kita dari hakikat sebenanar yang mana sebenarnya kita sedang enak dibuai mimpi.
  •       Kalau kita lihat dunia hari ini, konspirasi dajjal dan iluminati tu dah bersepah even dekat Malaysia sendiri. Kita sudah didoktrin oleh mereka. Memang kita dalam ‘kawalan’ mereka. Kita di’matrix’kan oleh mereka.


So, marilah kita berusaha agar menjadi orang yang sedar dari matrix sekarang.
Macam mana nak jadi yang sedar? Jawapannya ialah dengan ILMU.




Sambungan situasi dalam ‘The Matrix’ :

  • Watak utama dalam filem ni nama dia Neo
  • Neo ni katanya adalah ‘The One’ yang kononnya akan membebaskan manusia dari ‘The Matrix’.
  • Macam mana Neo ni boleh ‘tersedar’ tu bukanlah hanya kebetulan, tiba-tiba je dipilih jadi ‘the one’.
  • kalau ikut dalam filem ni, Neo ni hacker. Dia dah lama cari pasal ‘The Matrix’. Dia nak tahu apa bendalah ‘The Matrix’ ni.


Apa yang SH dapat dari sini :

  •          ini menunjukkan pentingnya ada ILMU
  •          bila ada ilmu di dada, insyaAllah ditunjukkan dengan kebenaran tapi perlulah kepada saluran dan sumber yang betul.
  •          Kita sebagai Muslim, kita ada satu MANUAL besar yang ditinggalkan untuk kita which is al-Quran.
  •          Berbaliklah kepada tujuan penciptaan kita.
  •          Kita diciptakan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk – sebagai khalifah dan juga beribadah kepada Allah.
  •          Semua orang adalah ‘The One’, bilamana kita sedar akan hakikat penciptaan diri ini. Bukan standard Allah buat sesuatu yang sia-sia bahkan kita manusia adaah penciptaan yang paling sempurna sebab itu kita diamanahkan sebagai khalifah dan pemimpin di bumi ini.







Sambungan situasi dalam ‘The Matrix’ :

  •           Bila Neo ni dah sedar dari ‘The Matrix’, dia diberi rawatan bagi fizikal dan makanan yang secukupnya sampailah dia boleh berfungsi sebagaimana manusia sedar yang lain.
  •           Sebagai ‘The One’, kehadiran dia sudah lama dinanti dan pengharapan yang tinggi oleh orang lain kepada dia.
  •           Selepas tu Neo dikenalkan kepada ‘The Oracle’ yang katanya boleh melihat masa depan dan juga bagi mengiyakan bahawa Neo is The One.
  •           Tapi bila Neo jumpa The Oracle tu, Oracle tu cakap Neo bukan The One. Dan dia juga cakap kita manusia hanya nak dengar apa yang kita nak dengar sampaikan sanggup menolak reality sebenar.
  •           And guess what? Neo memanglah The One. Saje je dia buat suspen kat situ. He he.
  •           Bila Neo dah percaya dan yakin dengan diri dia sebagai The One, dia punya power memang hebatlah, siap boleh tahan bullet.
  •           Kemampuan Neo yang serba hebat sekarang ni sangat membantu dalam mengalahkan ‘Agent Smith’, satu watak jahat dalam ‘The Matrix’ yang  selalu nak tangkap Neo and the gang.



Apa yang SH dapat dari sini :

  •           Kita sebagai manusia ni, bilamana aqidah kurang mantap, ilmu agama sekadar di tahap sekolah menengah yang mana kita baca hanya sekadar nak tambah ‘A’ dalam slip SPM tu, memanglah keyakinan kita akan mudah goyah.
  •           Kita lebih suka dengar apa yang kita nak dengar, yang lebih mudah untuk kita laksanakan tanpa perlu bersusah payah walaupun itu adalah kebenaran.
  •           Tapi bila keyakinan dan aqidah itu mantap, insyaAllah potensi sebenar akan terserlah. insyaAllah Allah akan permudahkan dan sentiasa memberi bimbingan.
  •          Namun,jangan lupa pada musuh kita yang memang telah termaktub sejak Nabi Adam a.s. lagi iaitu Iblis laknatullah. Ini digambaran oleh watak Agent Smith. Diorang memang tak pernah penat berusaha untuk menggagalkan kita daripada menunaikan kewajipan kita.
n


setakat ni sahajalah dari SH kali ni. Ini hanyalah refleksi diri, mencari ibrah dan pengajaran melalui sekeliling kita. Ilmu itu kan hikmah yag hilang. jadi kutiplah apa-apa yang bermanfaat kepada kita.

By the way, ni baru ibrah dari siri The Matrix yang pertama, ada lagi dua siri dalam The Matrix ni. InsyaAllah ada rezeki masa dan umur, SH share lagi dengan korang.

#mogaAllahkira
#salamsyawal
#eidulfitri
#ibrah
#bedahmovie


Wednesday, May 29, 2019

Langkah yang SERIBU bermula dengan langkah yang SATU


Bismillahirrahmanirrahim….
Kenalkan diri ini… saya SH J

Sebenarnya dah lama buat blog ni, tapi hanya sekadar buat , takde post pon. Maka jadilah sarang semata-mata di laman sesawang ni
Tujuan utama kenapa blog ni dibuat untuk dijadikan satu platform perkongsian minat SH sendiri
SH suka sangat baca buku. Genre yang SH gemar lebih kepada non-fiction. Fiction pon minat jugak cuma agak jarang dibaca.

selain itu jugak, kenapa tulis dekat blog ni sebab SH macam ada masalah nak cari kawan/member yang ada sama minat baca buku macam SH.
kadang-kadang tu rasa macam nak meletup kepala ni sebab tak tahu nak diluahkan kemana segala macam info dan rasa bestnya satu-satu buku tu, takde seseorang yang boleh sama-sama duduk bincang persoalan dan buah fikiran masing-masing bagi setiap isu yang diketengahkan dalam buku tu.
jadinya most of the time SH akan tulis, muntahkan balik buah fikiran dalam bentuk tulisan.

Kenapa minat membaca?
Sebenarnya SH mula minat membaca ni dah lama, tapi dulu baca komik je. Segala jenis komik SH baca especially manga (komik jepun). Manga yang SH paling minat ‘Detective Conan’. Mesti okrang tahu kan manga ni.


(gambar ihsan google)

Tapi sampai satu tahap tu, cikgu Bahasa Melayu komen karangan yang SH buat, struktur ayat tu macam komik sangat (baca broken Malay)…. Haha
Jadi mula dari masa tu, SH tekad nak kurangkan baca komik dan fokus belajar buat karangan dan essay yang lebih baik.

Bila dah lepas SPM tu, SH dapat tawaran belajar oversea. Mula tahun kedua dekat university tu minat membaca tu dating balik. Tapi kali ni bukan komik dah. SH mula minat sejarah especially sejarah Nabi, sahabat Nabi dan tokoh-tokoh Islam.
SH mula baca buku Abdul Latip Talib. Dia ni famous dengan siri novel sejarah Islam. Boleh dikatakan semua buku dia SH beli lah.


(gambar ihsan google)


Tapi makin lama baca, makin SH rasa nak lebih dari sekadar novel sejarah. Sebabnya bila novel ni, biasalah banyak dialog macam novel biasa. SH rasa SH perlukan fakta, bacaan yang lebih padat. Tak nak yang ada dialog bagai ni semua.

Rentetan daripada itu jugak, SH mula kenal dengan bahan bacaan ‘haraki’. Bacaan-bacaan budak-budak usrah lah senang kata.

SH mula jatuh cinta dengan bahan bacaan yang ada ‘falsafah’ sendiri. Sangat menarik bila dengan membaca kita boleh mendalami pemikiran seseorang itu, apa pegangan dia, apa yang diperjuangkannya sehinggakan tulisan-tulisan yang terhasil itu menjadi asbab meggerakkan diri-diri yang lena dan leka dengan dunia.

Dari situ SH mula perluaskan bacaan. Kalau dulu SH lebih suka bacaan ringan, yang banyak gambar, senang tengok gamba je, tak perlu nak fokuskan anak mata ni nak baca tulisan. Haha….
Benarlah sesungguhnya hikmah itu milik orang Islam. Kutiplah hikmah(ilmu) yang ada di atas muka bumi ini.


‘jika kamu mahukan dunia, maka perlulah kepada ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, maka perlulah kepada ilmu. Dan jika kamu mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat) maka perlulah kamu kepada ilmu’


Ilmu bukan sekadar ilmu akhirat, malah ilmu dunia juga penting. Sebabnya kita sekarang di dunia, bukanlah di syurga lagi. Dunia sebagai lading untuk kita menuai hasil di akhirat kelak.
Jom kita mulakan budaya membaca. Membaca itu bukanlah paksaan sebagaimana reality sekarang tetapi ianya adalah satu keperluan harian sebagaimana perlunya tubuh badan kepada makanan.


So, insyaAllah SH nak manfaatkan medan yang ada untuk SH berkongsi buku-buku yang SH baca. siapa-siapa yang nak komen atau nak suggest buku untuk dibaca sangatlah dialu-alukan.
Dan juga SH akan kongsi apa-apa yang timbul dalam buah fikiran kepala ni.

#salamramadhan
#10malamterakhir
#lailatulqadar
#mogaAllahkira
#malaysiamembaca